| Lebih-kurang -3000 |
Pembinaan Stonehenge |
| Lebih-kurang -280 |
Aristarchus dari Samos telah mencadangkan bahawa Bumi berputar mengelilingi Matahari. Beliau juga telah
memberi ukuran pertama kejauhan antara Bumi dan Matahari |
| Lebih-kurang -240 |
Eratosthene telah membuat ukuran lilitan Bumi |
| Lebih-kurang -130 |
Hipparchus telah menerbitkan katalog bintang-bintang cerah yang pertama. |
| Lebih-kurang 140 |
Ptolemy telah mencadangkan satu rangka yang meletakkan Bumi di pertengahan alam semesta dan planet-planet
bergerak mengelilinginya secara episikloid |
| 825 |
Pencipta algebra bernama Al-Khwarizmi telah menerbitkan carta astronomi di Baghdad |
| 829 |
Khalifah Al-Mamun telah mengasaskan tapak balai cerapan Baghdad |
| 833 |
Al-Farghani yang berbangsa Farsi telah menerbitkan Unsur-unsur astronomi, yang kemudiannya menjadi
terkenal di Eropah dalam kurun ke 12 |
| 900 |
Pakar astronomi arab Al-Battani telah memperkenalkan cara ukuran trigonometri dalam mengkaji sfera selestial |
| 994 |
Al-Khujandi telah membina sextant dinding di balai cerapan Ray berdekatan dengan Tehran dan mengukur
kecondongan dataran ekliptik |
| Lebih-kurang 1020 |
Al-Biruni, yang berasal di Asia Tengah, telah memperbaiki ukuran jejari Bumi |
| 1054 |
Pakar-pakar astronomi cina telah mencerapi supernova Crab |
| Lebih-kurang 1075 |
Omar Khayyam yang berbangsa Farsi telah mengukur dengan akuratnya jangka-masa setahun |
| 1543 |
Copernicus telah menerbitkan Revolutionibus orbium coelestium di mana beliau mencadangkan bahawa Matahari
terletak di pusat alam semesta dan bukan Bumi |
| 1572 |
Tycho Brahe telah mencerapi satu supernova di langit dan menghapus satu konsep langit yang tidak berubah |
| 1576 |
Tycho Brahe telah terlibat dalam pembinaan balai cerapan Uranieborg |
| 1577 |
Tycho Brahe telah mencerapi pergerakan komet dan lalu mempastikan yang langit sentiasa berubah |
| 1582 |
Pop Gregory XIII telah memperkenalkan kalendar Gregorian |
| 1596 |
David Fabricius telah mendapati bahawa kecerahan sinaran bintang Mira adalah tidak tetap |
| 1608 |
Hans Lippershey telah mencipta teropong |
| 1609 |
Johannes Kepler telah memperkenalkan dua hukum mengenai pergerakan planet-planet dalam Astronomia Nova |
| 1610 |
Galileo menghalakan teropongnya ke langit dan telah mendedahkan bentuk jelas permukaan bulan,
satelit-satelit Musytari dan beberapa bintang-bintang di Bima Sakti |
| 1619 |
Johannes Kepler telah menerbitkan hukum ke tiga keatas pergerakan planet-planet di dalam Harmonices mundi |
| 1632 |
Galileo telah menerbitkan Dialogo Sopra I Due Massimi Systemi Del Mondo dimana beliau membandingkan
teori-teori Ptolemy dan Copernicus |
| 1656 |
Christiaan Huygens telah menerangkan rupa-bentuk gegelang-gegelang Zuhal |
| 1671 |
Isaac Newton telah mencipta teleskop yang pertama |
| 1672 |
Geminiano Montanari telah mendapati bahawa cahaya sinaran bintang Algol sentiasa berubah |
| 1675 |
Jean-Dominique Cassini telah mendapati satu renggang di dalam gegelang-gegelang Zuhal |
| 1676 |
Olaüs Römer telah mengukur kelajuan cahaya hasil cerapan satelit-satelit Musytari |
| 1687 |
Isaac Newton telah menerbitkan teorinya mengenai
graviti universal di dalam Philosophiae Naturalis Principia Mathematica |