| 1705 |
Edmond Halley telah menjangka kepulangan kometnya dalam tahun 1758 |
| 1718 |
Edmond Halley telah membandingkan ukuran kedudukan bintangnya dengan ukuran Ptolemy dan mendapati
pergerakan bintang-bintang tertentu |
| 1758 |
Johann Palitzsch telah mencerapi komet Halley seperti yang dijangkakan |
| 1781 |
William Herschel telah membuat penemuan keatas Uranus; Charles Messier menerbitkan satu katalog nebula |
| 1782 |
John Goodricke telah mendapati bahawa perubahan kecerahan bintang Algol yang agak berkala dan menerangkan bahawa
ini adalah disebabkan oleh pergerakan berkala sesuatu objek gelap mengelilinginya |
| 1784 |
Edward Piggot telah menemui bintang cepheid yang pertama |
| 1796 |
Pierre-Simon de Laplace telah mencadangkan teori pembentukan sistem suria |
| 1800 |
William Herschel telah menemui sinaran infra-merah |
| 1801 |
Giuseppe Piazzi telah menemui asteroid yang pertama, Ceres |
| 1814 |
Joseph von Fraunhofer telah mengesani garisan-garisan hitam didalam spektra cahaya Matahari |
| 1838 |
Friedrich Bessel, Friedrich Struve and Thomas Henderson telah mengukur parallax dari bintang
61 Cygni, Vega dan Alpha Centauri |
| 1842 |
Christian Doppler telah mendapati kesan efek Doppler keatas bunyi |
| 1843 |
Samuel Heinrich Schwabe telah menerangkan kitaran bintik-bintik Matahari |
| 1844 |
Friedrich Bessel telah menerangkan bahawa ayunan bintang Sirius dan Procyon adalah akibat tarikan graviti kembarnya dalam orbit |
| 1846 |
Johann Gottfried Galle telah menemui planet Neptun melalui jangkaan matematik oleh Urbain Le Verrier |
| 1848 |
Armand Fizeau telah mendapati bahawa efek Doppler juga mempengaruhi cahaya |
| 1859 |
Gustav Kirchhoff and Robert Bunsen telah mendapati bahawak setiap satu komposisi kimia mengeluarkan satu spektra yang unik |
| 1863 |
William Huggins mula menggunakan analisis spektral untuk mengkaji komposisi kimia bintang-bintang |
| 1864 |
James Clerk Maxwell telah menerbitkan teorinya keatas bidang elektromagnetik |
| 1868 |
Pierre Jules César Janssen and Norman Lockyer telah mencerapi prominen Matahari dan mendapati satu
unsur baru di dalam spektra Matahari iaitu Helium |
| 1872 |
Henry Draper telah mengambil satu gambar pertama keatas spektra bintang Vega |
| 1877 |
Asaph Hall telah menemui 2 satelit-satelit Marikh iaitu Phobos dan Deimos |
| 1878 |
Giovanni Schiaparelli telah mencerapi kesan paritan lama di permukaan Marikh |
| 1895 |
Wilhelm Röntgen telah menemui sinar-X buat pertama kali |