| 1905 |
Albert Einstein telah memperkenalkan teori relativiti terhad |
| 1910 |
Ejnar Hertzsprung and Henry Russell telah mendapati hubungan antara kecerahan sinaran bintang-bintang dengan jenis spektranya |
| 1912 |
Henrietta Leavitt telah menemui kaitan tempoh-kecerahan bintang-bintang cepheids |
| 1915 |
Albert Einstein telah menerbitkan satu teori relativiti umum |
| 1917 |
Vesto Slipher menganalisi spektra galaksi-galaksi terdekat dan mendapati bahawa kebanyakannya bergerak menjauhi kita |
| 1918 |
Harlow Shapley telah mengasaskan pencerapan bintang-bintang cepheid di dalam kumpulan globular untuk mengukur saiz
sebenar Bimasakti dan kedudukan pusatnya; Perbinaan teleskop 2.5 meter di balai cerapan Mount Wilson |
| 1924 |
Edwin Hubble telah mengenalpasti bintang-bintang cepheids di dalam galaksi Andromeda dan menetapkan semula skala jarak extragalaktik;
Arthur Eddington telah mengumumkan kaitan antara jisim dan kecerahan sinaran bintang-bintang dalam main sequence |
| 1929 |
Edwin Hubble telah menemui hukum mengenai perkembangan alam semesta yang mengambil namanya;
George Gamow mencadangkan reaksi pelakuran (fusion) hidrogen mengeluarkan tenaga dari bintang-bintang |
| 1930 |
Clyde Tombaugh telah menemui Pluto |
| 1931 |
Karl Jansky telah mengesani pancaran radio berasal dari luar bumi |
| 1938 |
Hans Bethe, Carl von Weizsäcker dan Charles Critchfield telah mengenalpasti beberapa reaksi pelakuran (fusion)
yang berlaku di dalam bintang-bintang |
| 1946 |
Pancaran radio yang pertama berasal dari luar Bima Sakti telah dikesan |
| 1948 |
Ralph Alpher, George Gamow dan Robert Herman telah mencipta konsep Big Bang dan mencadangkan keujudan radiasi
latarbelakang kosmik |
| 1949 |
Bermulanya pembinaan teleskop 5 meter di balai cerapan Mount Palomar |
| 1957 |
Perlancaran Sputnik 1, satelit artifisial pertama |
| 1958 |
Jan Oort telah mencipta satu carta struktur spiral Bima Sakti hasil cerapan pancaran radio |
| 1959 |
Luna 1 menjadi kapal-angkasa pertama meninggalkan Bumi |
| 1960 |
Allan Sandage dan Thomas Matthews telah menemui quasar-quasar |
| 1961 |
Sheldon Glashow telah memperkenalkan teori elektro-lemah |
| 1962 |
Mariner 2 merupakan kapal-angkasa pertama yang menerbang-lintas planet Zuhrah |
| 1963 |
Maarten Schmidt telah mendapati bahawa quasar-quasar adalah objek-objek yang amat jauh |
| 1964 |
Murray Gell-Mann dan George Zweig telah mencadangkan secara tersendiri keujudan partikel asas quarks |
| 1965 |
Mariner 4 merupakan kapal-angkasa pertama yang pernah menerbang-lintas planet Marikh;
Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui radiasi latarbelakang kosmik |
| 1967 |
Jocelyn Bell dan Anthony Hewish telah menemui pulsar-pulsar |
| 1969 |
Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah mendarat di permukaan Bulan |
| 1973 |
Terbang-lintas Musytari yang pertama oleh Pioneer 10 |
| 1974 |
Terbang-lintas Utarid yang pertama oleh Mariner 10 |
| 1978 |
Penemuan satelit Pluto, Charon |
| 1979 |
Terbang-lintas Zuhal yang pertama oleh Pioneer 11; Penemuan gravitational lens buat pertama kali |
| 1981 |
Alan Guth telah memperkenalkan teori inflasi |
| 1986 |
Terbang-lintas Uranus pertama oleh Voyager 2; Terbang-lintas komet Halley oleh beberapa kapal-angkasa |
| 1987 |
Letupan supernova berdekatan dengan Large Magellanic Cloud |
| 1989 |
Terbang-lintas Neptun yang pertama oleh Voyager 2 |
| 1990 |
Pelancaran teleskop-angkasa Hubble |
| 1995 |
Kapal-angkasa Galileo telah sampai di orbit mengelilingi Musytari; Penemuan planet pertama di luar sistem suria |
| 1998 |
Dua kumpulan telah mengumumkan bahawa perkembangan alam semesta adalah pada tahap kelajuan penuh |
| 2003 |
Satellit WMAP telah menghasilkan satu ukuran radiasi latarbelakang kosmik yang lebih akurat dan ukuran umur alam semesta |
| 2004 |
Pengorbit Mars Express, rover Spirit and Opportunity telah memulakan kajian keatas planet Marikh;
Kapal-angkasa Cassini telah sampai di orbit mengelilingi Zuhal |
| 2005 |
Probe Huygens telah mendarat di permukaan satelit Titan |