Asteroid-asteroid
Sistem Suria tidak terdiri daripada planet-planet dan satelit-satelit sahaja. Ia
juga mengandungi banyak jasad-jasad kecil; asteroid-asteroid, komet-komet dan juga
habuk-habuk yang dipanggil meteroid-meteoroid. Yang membezakan dua kumpulan pertama
bukanlah dari segi saiz tetapi dari segi jarak kejauhan dari Matahari dan
komposisinya. Asteroid-asteroid berada di sebelah dalam orbit Musytari dan mereka
terdiri daripada batuan. Komet-komet pula, secara umumnya, terdapat di kawasan yang
amat jauh dan mereka terdiri daripada ais dan debu-debu.
Asteroid Ida dan satelitnya Dactyl, digambarkan dalan tahun 1994 dari kapal angkasa
Galileo pada jarak kejauhan 10870 km. Ida(di sebelah kiri) ialah salah satu objek
dalam Lingkaran Asteroid di antara Marikh dan Musytari. Ida didapati berukuran 56 km
sementara Dactyl pula berukuran 1.5 km. Kredit :
JPL/NASA
Sekarang ini, dalam masa kita merentasi orbit Marikh, marilah kita beri perhatian
istimewa kepada asteroid-asteroid. Dalam tahun 1801, pakar astronomi Sicily Guiseppe
Piazzi telah menemui satu jasad tidak dikenali yang bergerak di langit lantas
difikirkan sebagai sebahagian dari Sistem Suria kita. Telah ditentukan dengan
cepatnya bahawa objek ini, yang sekarang ini dikenali sebagai Ceres, bergerak dalam
orbit pada jarak kejauhan 2.9 AU dari Matahari, di antara Marikh dan Musytari.
Penemuan ini telah diikuti dengan cepatnya oleh penemuan-penemuan yang lain: Pallas
dalam tahun 1802, Juno dalam tahun 1804 dan Vesta dalam tahun 1807. Mulai
pertengahan kurun ke19, jumlah pencerapan objek-objek serupa ini telah meningkat
dengan cepatnya. Sekarang kita telak kenal-pastikan beberapa ribu objek tersebut dan
pakar-pakar saintis planet percaya bahawa terdapat sejumlah 100 000 objek yang cukup
cerah sehingga satu hari nanti dapat kita cerapi dari permukaan Bumi.
Sebahagian besar orbit-orbit asteroid-asteroid terdapat di antara orbit Marikh dan
orbit Musytari, secara tepatnya antara 2 dan 3.5 AU, iaitu kawasan yang dikenali
sebagai Lingkaran Asteroid. Saiz objek-objek ini adalah dalam lingkungan dari
beberapa ratus km bagi objek jarang terdapat seperti Ceres hingga satu nilai
beberapa meter saja - dibawah limit ini ia lebih dikenali sebagai meteoroid.
Asteroid didapati berbentuk tidak tetap, ia terdiri daripada batuan dan logam,
seperti planet-planet.
Asal-usul Asteroid: Gemaan Orbit
Hipotesis ulung mengenai punca pembentukan asteroid-asteroid ialah hasil letupan
satu planet di antara Marikh dan Musytari yang meninggalkan sisa berbentuk
asteroid-asteroid. Pandangan ini telah ditinggalkan, terutama sekali disebabkan
jumlah jisim asteroid-asteroid ini tidak mencukupi untuk membentuk satu planet amat
kecil, bergaris-pusat separuh garis-pusat Bulan.
Sekarang ini, pakar-pakar saintis planet lebih suka teori dimana asteroid-asteroid
adalah jasad-jasad kecil yang gagal berkumpul untuk membentuk planet disebabkan oleh
pengaruh graviti Musytari.
Satu petunjuk kepada teori ini ialah keujudan lubang-lubang didalam sebaran
orbit-orbit Lingkaran Asteroid. Sesungguhnya, orbit-orbit yang mempunyai jangka-masa
putaran serupa atau separuh atau satu pertiga jangka-masa putaran Musytari, didapati
kosong tanpa penghuni.
Bayangkan satu jasad yang berputar mengelilingi Matahari dengan jangka-masa putaran
separuh jangka-masa Musytari. Bila jasad tersebut berputar mengelilingi Matahari
sebanyak dua kali ia akan kembali kepada kedudukan yang asal. Tarikan graviti dari
planet gergasi ini bertindak dengan kekuatan yang sama, lebih-lebih lagi kearah yang
sama. Pengulangan dan pengumpulan kesan yang sama akhirnya menimbulkan pengaruh yang
kuat keatas jasad tersebut, iaitu penyelewengan dari arah pergerakan asal dan
pertukaran jangka-pasa putarannya. Fenomena ini cuma dapat terjadi jika terdapat
pengumpulan kesan tersebut dalam jangka-masa yang panjang dan jika jangka-masa
putaran asteroid dan jangka-masa putaran Musytari berkaitan mudah. Fenomena ini,
yang dipanggil Gemaan Orbit, dapat menjelaskan keujudan lubang-lubang dalam sebaran
orbit-orbit asteroid-asteroid.
Fenomena Gemaan Orbit inilah yang dijangka bertanggung jawab keatas ketiadaan planet
ke lima di antara orbit Marikh dan orbit Musytari. Sesungguhnya, planet-planet
adalah terbentuk pada 4.6 bilion tahun yang lepas, melalui pengumpulan debu-debu
yang membentuk jasas-jasad kecil yang dipanggil planetesimal yang seterusnya
berkumpul untuk membentuk planet-planet masif. Dari segi sejarah Lingkaran Asteroid
pula, sebahagian besar planetesimal tersebut berada dalam Gemaan Orbit dengan
Musytari iaitu planet paling masif di Sistem Suria, lantas mengusirkannya dari
kawasan tersebut. Ini menjelaskan ketiadaan planet kelima, ditempatnya pula terdapat
ratusan ribuan jasad-jasad kecil yang mempunyai jumlah jisim yang rendah.

Planet kerdil Ceres dicerapi melalui teleskop angkasa Hubble dalam tahun 2004. Ceres
telah dikenali sebagai asteroid hingga tahun 2006 bilamana tarafnya telah dinaikkan
ke taraf planet kerdil disebabkan jisimnya yang cukup masif membolehkannya ujud
dalam bentuk bulat. Kredit :
NASA/ESA/J. Parker (Southwest Research Institute)
Walaupun sebahagian besar asteroid-asteroid berada di dalam lingkaran di antara
orbit Marikh dan orbit Musytari, terdapat beberapa kekecualian. Ada yang duduk
secara tetap di sebelah dalam orbit Bumi (kumpulan Aten). Sebaliknya pula, juga
terdapat asteroid-asteroid yang menghabiskan sebahagian besar masanya di luar orbit
Zuhal, seperti Chiron. Manakala ada juga terdapat asteroid-asteroid yang dipanggil
planet Trojan yang mengikut orbit Musytari tetapi pada kedudukan di hadapan atau di
belakang sejarak 60 darjah dari Musytari, dikawasan yang diketahui sebagai
Titik-titik Lagrange. Lima puluh planet-planet Trojan telah berjaya dicerapi tetapi
banyak lagi yang dipercayai ujud.