Langkah pertama menyelidiki komet telah diambil oleh pakar astronomi inggeris Edmond
Halley. Persamaan diantara penjelmaan komet-komet dalam tahun 1531, 1607 dan 1682
membolehkan dia mencadangkan bahawa laluan-laluan tersebut adalah dari satu objek
selestial yang sama. Dia menggunakan satu undang-undang yang baru saja diperkenalkan
oleh Isaac Newton untuk mengira orbit komet tersebut dan meramalkan kepulangan komet
tersebut dalam tahun 1758, yang terjadi seperti diramalkan. Komet Halley ini telah
mendedahkan sifat semula jadinya; satu objek yang bergerak dalam satu orbit amat
mendatar, dimana sebahagian besar masanya dihabiskan di penghujung Sistem Suria
tetapi ia tetap kembali mengunjungi Matahari dari masa kesemasa dan nampak kelihatan
semasa dalam kunjungan tersebut.
Satu imej komet Neat yang telah diambil dalam tahun 2004 dari balai cerap Kitt Peak.
Jelas kelihatan di sini nukleus, coma dan bahagian ekor yang terdekat. Kredit :
WIYN/NOAO/AURA/NSF
Komet adalah objek-objek kecil bergaris-pusat beberapa kilometer sahaja. Tiga suku
komposisinya adalah terdiri daripada ais, kebanyakannya air beku, dan selebihnya
adalah terdiri daripada debu penuh dengan karbon. Disebabkan oleh orbitnya yang amat
memanjang, objek-objek ini menghabiskan kebanyakan masanya di ruang jauh dari
Matahari, melebihi kejauhan Neptune dan Pluto. Oleh yang demikian, objek tersebut
adalah amat sejuk and pejal.
Semasa menghampiri Matahari mereka menerima cukup haba untuk membuat mereka
bersinar. Sebenarnya, pada kejauhan beberapa AU sahaja dari Matahari, dibawah
sinaran Matahari, ais di permukaan nukleus komet hangat dan mengewap, menyebarkan
bersamanya debu-debu habuk. Kelihatan mengelilingi nukleus, tersebar satu selubung
gas dan debu yang dipanggil koma, yang makin mengembang mencapai ukuran 100 000 km
dan terus membesar dalam masa mendekati Matahari. Selubung ini amat berkilau
disebabkan oleh gas dan pantulan cahaya oleh debu-debunya.

Nukleus komet Tempel 1, digambarkan pada 4 July 2005 oleh kapal angkasa Deep Impact,
67 saat selepas hentaman pelancar berjisim 370 kg, hasil lancaran kapal angkasa
tersebut. Hentaman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menkaji bahan dalaman
dibawah permukaan. Besar kemungkinan komposisi dalaman komet tersebut tidak berubah
dari lahir. Ini membolehkan kita mengkaji secara dalam keadaan semasa lahirnya
Sistem Suria 4.6 billion tahun yang lepas. Kredit :
NASA/JPL-Caltech/UMD
Bila komet mendekati Matahari satu fenomena lebih menakjubkan terjadi. Angin solar
dan tekanan radiasi Matahari memanjangkan lagi ukurannya mencapai nilai beberapa
juta batu, kadang-kala mencapai satu AU. Inilah yang dipanggil ekor komet, mungkin
satu fenomena astronomi yang paling menakjubkan yang dapat dilihat dengan mata
kasar. Ekor ini diselubungi oleh gas hidrogen yang tidak ketara, hasil reaksi kimia
antara foton Matahari dan molekul air yang terlepas dari nukleusnya.
Lebih kerap komet mempunyai dua ekor, satu lurus manakala satu lagi melengkung.
Kedua-dua ekor tersebut terdiri daripada unsur yang berbeza. Ekor pertama adalah
terdiri daripada debu tangkisan dari tekanan radiasi foton Matahari. Proses ini amat
perlahan menyebabkan tangkisan debu dipengaruhi oleh arah pergerakan komet dan
menghasilkan lengkungan ekor. Ekor yang kedua adalah terdiri daripada ion-ion sapuan
angin solar. Dalam hal ini, prosesnya ganas dan cepat disebabkan keringanan ion-ion
tersebut, menghasilkan ekor yang lurus dan menunjuk kearah bertentangan dengan
Matahari.
Nukleus komet Wild 2 digambarkan dari kejauhan 500 km semasa terbang-lintas Stardust
Amerika Syarikat pada 2 Januari 2004. Semasa terbang-lintas tersebut, ia mengambil
peluang untuk mengumpul habuk mikroskopik untuk dibawa balik ke Bumi dan dianalisa
dalam tahun 2006. Hasil data kumpulan tersebut patut dapat membantu kita lebih
memahami komet dan sejarah pembentukan Sistem Suria. Kredit :
NASA/JPL
Komet yang paling termasyhur ialah komet Halley yang datang mengunjungi Bumi setiap
76 tahun dimana kunjungan pertama telah dicerapi seawal tahun 240 BC. Kunjungan
terakhir komet Halley telah dicerapi dalam tahun 1986. Ia telah diterbang-lintasi
oleh 5 kapal angkasa yang telah mengumpul sejumlah besar data mengenai nukleus, koma
dan ekor komet tersebut. Terbang-lintas yang terdekat pada kejauhan 600 km dari
nukleus Halley, telah diambil oleh kapal angkasa Giotto Eropah. Ia telah dapat
mengambil imej nukleus, memdedahkan satu jasad gelap berbentuk kentang, berukuran 16
kali 8 km. Kapal angkasa ini juga telah mendedahkan kawasan-kawasan dimana terdapat
pancutan debu dipermukaan yang dicerahi oleh cahaya Matahari.