Introduction à l'astronomie
 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 
Astronomi Perkembangan Astronomi Sistem Suria Dalaman Sistem Suria Luar Matahari Hujung hayat bintang
 
 
 

Lingkaran Kuiper dan Awan Oort

Sejak lama dahulu lagi pakar-pakar astronomi telah mengetahui tentang dua kumpulan komet yang berbeza. Kumpulan yang pertama adalah komet-komet berjangka-masa pendek, iaitu kurang dari 200 tahun, seperti komet Halley. Arah pergerakannya terdapat di dataran ekliptik serupa dengan planet-planet. Kumpulan yang kedua terdiri daripada komet-komet berjangka-masa lebih dari 200 tahun, terutamanya jenis yang telah dicerapi cuma sekali, dimana orbitnya dijangka bertempoh berjuta tahun. Orbit mereka adalah besar dan tersebar secara rambang di langit, tanpa arahan tertentu. Dua kumpulan berbeza ini membolehkan pakar-pakar astronomi mencadang keujudan dua takungan komet yang berbeza iaitu Lingkaran Kuiper dan Awan Oort, dinamakan sedemikian bagi menghurmati dua pakar astronomi Gerard Kuiper dan Jan Oort, yang mencadangkannya dalam tahun 1950an.

2001 KX76
Gambar satu objek dalam Lingkaran Kuiper yang dipanggil 2001 KX76, yang telah diambil menggunakan teleskop 2.2 meter di balai cerap ESO di La Silla, Chile. Objek tersebut dijangka bergaris-pusat 1200 km, menjadikannya lebih besar daripada Ceres yang merupakan jasad terbesar di Lingkaran Asteroid. Kredit : WFI/MPG/ESO

Komet-komet berjangka-masa pendek berasal dari Lingkaran Kuiper iaitu satu kawasan yang terletak di dataran Sistem Suria, di luar orbit Neptun. Lingkaran Kuiper dijangka bermula pada kejauhan lebih-kurang 30 AU dan berakhir pada kejauhan beberapa ratus AU. Dijangka lebih 200 juta objek-objek kecil diliputi ais bertukar menjadi komet-komet. Sebahagian pakar-pakar astronomi percaya bahawa Triton, Pluto dan Charon pun berasal dari Lingkaran Kuiper, berbeza cuma disebabkan oleh orbit mereka dan saiz mereka yang luar biasa. Gangguan graviti akibat pengaruh planet-planet gergasi lah yang dari masa kesemasa mengubah orbit salah satu dari objek-objek tersebut dan mencetuskan kejatuhannya kearah Matahari.

Komet berjangka-masa panjang pula berasal dari Awan Oort. Awan Oort pula terdapat dalam kejauhan antara 30 000 AU dan 100 000 AU. Ia mengandungi beberapa ratus bilion objek-objek. Di kawasan yang amat jauh ini, nukleus-nukleus komet-komet terdapat pada sepecahan dari kejauhan antara kita dan bintang terdekat. Kumpulan terakhir ini memulakan gangguan graviti yang boleh mencetuskan pergerakan teras Awan Oort masuk kedalam Sistem Suria. Awan Oort dijangka terdiri daripada objek-objek yang terusir dalam masa beberapa jam dipermulaan sejarah Sistem Suria oleh satu fenomena seperti gemaan bersama planet-planet gergasi. Objek-objek dalam Lingkaran Kuiper pula dijangka terbentuk serta-merta ditempat yang sama.

Satu kejayaan terkini dalam kajian keatas Sistem Suria ialah penemuan objek-objek kecil diluar orbit Neptun yang mempunyai orbit bulat, membezakannya dari komet-komet yang biasa kita lihat. Imej-imej langit yang diambil dalam jangka-masa lama, mulai tahun 1992 telah mendedahkan objek-objek berkejauhan melebihi 30 AU, kebanyakannya bergaris-pusat beberapa ratus km. Pencerapan-pencerapan tersebut membuktikan keujudan Lingkaran Kuiper yang sebelum ini cuma hipotesis sahaja. Pencerapan dari permukaan Bumi tidak dapat mendedahkan objek-objek yang cukup cerah yang dianggap berjisim tinggi. Teleskop angkasa Hubble lah yang dalam tahun 1994 telah membuat pencerapan buat pertama kali objek-objek dari lingkaran ini yang berdimensi kecil, kadang-kala beberapa km sahaja.

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
 
 
 
Zalia Esslinger