Astronomi dari kurun ke-18 hingga kurun ke-19

1705 Edmond Halley telah menjangka kepulangan kometnya dalam tahun 1758

1718 Edmond Halley telah membandingkan ukuran kedudukan bintangnya dengan ukuran Ptolemy dan mendapati pergerakan bintang-bintang tertentu

1758 Johann Palitzsch telah mencerapi komet Halley seperti yang dijangkakan

1781 William Herschel telah membuat penemuan keatas Uranus; Charles Messier menerbitkan satu katalog nebula

1782 John Goodricke telah mendapati bahawa perubahan kecerahan bintang Algol yang agak berkala dan menerangkan bahawa ini adalah disebabkan oleh pergerakan berkala sesuatu objek gelap mengelilinginya

1784 Edward Piggot telah menemui bintang cepheid yang pertama

1796 Pierre-Simon de Laplace telah mencadangkan teori pembentukan sistem suria

1800 William Herschel telah menemui sinaran infra-merah

1801 Giuseppe Piazzi telah menemui asteroid yang pertama, Ceres

1814 Joseph von Fraunhofer telah mengesani garisan-garisan hitam didalam spektra cahaya Matahari

1838 Friedrich Bessel, Friedrich Struve and Thomas Henderson telah mengukur parallax dari bintang 61 Cygni, Vega dan Alpha Centauri

1842 Christian Doppler telah mendapati kesan efek Doppler keatas bunyi

1843 Samuel Heinrich Schwabe telah menerangkan kitaran bintik-bintik Matahari

1844 Friedrich Bessel telah menerangkan bahawa ayunan bintang Sirius dan Procyon adalah akibat tarikan graviti kembarnya dalam orbit

1846 Johann Gottfried Galle telah menemui planet Neptun melalui jangkaan matematik oleh Urbain Le Verrier

1848 Armand Fizeau telah mendapati bahawa efek Doppler juga mempengaruhi cahaya

1859 Gustav Kirchhoff and Robert Bunsen telah mendapati bahawak setiap satu komposisi kimia mengeluarkan satu spektra yang unik

1863 William Huggins mula menggunakan analisis spektral untuk mengkaji komposisi kimia bintang-bintang

1864 James Clerk Maxwell telah menerbitkan teorinya keatas bidang elektromagnetik

1868 Pierre Jules Csar Janssen and Norman Lockyer telah mencerapi prominen Matahari dan mendapati satu unsur baru di dalam spektra Matahari iaitu Helium

1872 Henry Draper telah mengambil satu gambar pertama keatas spektra bintang Vega

1877 Asaph Hall telah menemui 2 satelit-satelit Marikh iaitu Phobos dan Deimos

1878 Giovanni Schiaparelli telah mencerapi kesan paritan lama di permukaan Marikh

1895 Wilhelm Rntgen telah menemui sinar-X buat pertama kali

Comments are closed.