Astronomi dari kurun ke-20 hingga kurun ke-21

1905 Albert Einstein telah memperkenalkan teori relativiti terhad

1910 Ejnar Hertzsprung and Henry Russell telah mendapati hubungan antara kecerahan sinaran bintang-bintang dengan jenis spektranya

1912 Henrietta Leavitt telah menemui kaitan tempoh-kecerahan bintang-bintang cepheids

1915 Albert Einstein telah menerbitkan satu teori relativiti umum

1917 Vesto Slipher menganalisi spektra galaksi-galaksi terdekat dan mendapati bahawa kebanyakannya bergerak menjauhi kita

1918 Harlow Shapley telah mengasaskan pencerapan bintang-bintang cepheid di dalam kumpulan globular untuk mengukur saiz sebenar Bimasakti dan kedudukan pusatnya; Perbinaan teleskop 2.5 meter di balai cerapan Mount Wilson

1924 Edwin Hubble telah mengenalpasti bintang-bintang cepheids di dalam galaksi Andromeda dan menetapkan semula skala jarak extragalaktik; Arthur Eddington telah mengumumkan kaitan antara jisim dan kecerahan sinaran bintang-bintang dalam main sequence

1929 Edwin Hubble telah menemui hukum mengenai perkembangan alam semesta yang mengambil namanya; George Gamow mencadangkan reaksi pelakuran (fusion) hidrogen mengeluarkan tenaga dari bintang-bintang

1930 Clyde Tombaugh telah menemui Pluto

1931 Karl Jansky telah mengesani pancaran radio berasal dari luar bumi

1938 Hans Bethe, Carl von Weizscker dan Charles Critchfield telah mengenalpasti beberapa reaksi pelakuran (fusion) yang berlaku di dalam bintang-bintang

1946 Pancaran radio yang pertama berasal dari luar Bima Sakti telah dikesan

1948 Ralph Alpher, George Gamow dan Robert Herman telah mencipta konsep Big Bang dan mencadangkan keujudan radiasi latarbelakang kosmik

1949 Bermulanya pembinaan teleskop 5 meter di balai cerapan Mount Palomar

1957 Perlancaran Sputnik 1, satelit artifisial pertama

1958 Jan Oort telah mencipta satu carta struktur spiral Bima Sakti hasil cerapan pancaran radio

1959 Luna 1 menjadi kapal-angkasa pertama meninggalkan Bumi

1960 Allan Sandage dan Thomas Matthews telah menemui quasar-quasar

1961 Sheldon Glashow telah memperkenalkan teori elektro-lemah

1962 Mariner 2 merupakan kapal-angkasa pertama yang menerbang-lintas planet Zuhrah

1963 Maarten Schmidt telah mendapati bahawa quasar-quasar adalah objek-objek yang amat jauh

1964 Murray Gell-Mann dan George Zweig telah mencadangkan secara tersendiri keujudan partikel asas quarks

1965 Mariner 4 merupakan kapal-angkasa pertama yang pernah menerbang-lintas planet Marikh; Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui radiasi latarbelakang kosmik

1967 Jocelyn Bell dan Anthony Hewish telah menemui pulsar-pulsar

1969 Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah mendarat di permukaan Bulan

1973 Terbang-lintas Musytari yang pertama oleh Pioneer 10

1974 Terbang-lintas Utarid yang pertama oleh Mariner 10

1978 Penemuan satelit Pluto, Charon

1979 Terbang-lintas Zuhal yang pertama oleh Pioneer 11; Penemuan gravitational lens buat pertama kali

1981 Alan Guth telah memperkenalkan teori inflasi

1986 Terbang-lintas Uranus pertama oleh Voyager 2; Terbang-lintas komet Halley oleh beberapa kapal-angkasa

1987 Letupan supernova berdekatan dengan Large Magellanic Cloud

1989 Terbang-lintas Neptun yang pertama oleh Voyager 2

1990 Pelancaran teleskop-angkasa Hubble

1995 Kapal-angkasa Galileo telah sampai di orbit mengelilingi Musytari; Penemuan planet pertama di luar sistem suria

1998 Dua kumpulan telah mengumumkan bahawa perkembangan alam semesta adalah pada tahap kelajuan penuh

2003 Satellit WMAP telah menghasilkan satu ukuran radiasi latarbelakang kosmik yang lebih akurat dan ukuran umur alam semesta

2004 Pengorbit Mars Express, rover Spirit and Opportunity telah memulakan kajian keatas planet Marikh; Kapal-angkasa Cassini telah sampai di orbit mengelilingi Zuhal

2005 Probe Huygens telah mendarat di permukaan satelit Titan

Comments are closed.