Astronomi sebelum kurun ke-17

Lebih-kurang -3000 Pembinaan Stonehenge

Lebih-kurang -280 Aristarchus dari Samos telah mencadangkan bahawa Bumi berputar mengelilingi Matahari. Beliau juga telah memberi ukuran pertama kejauhan antara Bumi dan Matahari

Lebih-kurang -240 Eratosthene telah membuat ukuran lilitan Bumi Lebih-kurang -130 Hipparchus telah menerbitkan katalog bintang-bintang cerah yang pertama.

Lebih-kurang 140 Ptolemy telah mencadangkan satu rangka yang meletakkan Bumi di pertengahan alam semesta dan planet-planet bergerak mengelilinginya secara episikloid

825 Pencipta algebra bernama Al-Khwarizmi telah menerbitkan carta astronomi di Baghdad

829 Khalifah Al-Mamun telah mengasaskan tapak balai cerapan Baghdad

833 Al-Farghani yang berbangsa Farsi telah menerbitkan Unsur-unsur astronomi, yang kemudiannya menjadi terkenal di Eropah dalam kurun ke 12

900 Pakar astronomi arab Al-Battani telah memperkenalkan cara ukuran trigonometri dalam mengkaji sfera selestial

994 Al-Khujandi telah membina sextant dinding di balai cerapan Ray berdekatan dengan Tehran dan mengukur kecondongan dataran ekliptik

Lebih-kurang 1020 Al-Biruni, yang berasal di Asia Tengah, telah memperbaiki ukuran jejari Bumi

1054 Pakar-pakar astronomi cina telah mencerapi supernova Crab

Lebih-kurang 1075 Omar Khayyam yang berbangsa Farsi telah mengukur dengan akuratnya jangka-masa setahun

1543 Copernicus telah menerbitkan Revolutionibus orbium coelestium di mana beliau mencadangkan bahawa Matahari terletak di pusat alam semesta dan bukan Bumi

1572 Tycho Brahe telah mencerapi satu supernova di langit dan menghapus satu konsep langit yang tidak berubah

1576 Tycho Brahe telah terlibat dalam pembinaan balai cerapan Uranieborg

1577 Tycho Brahe telah mencerapi pergerakan komet dan lalu mempastikan yang langit sentiasa berubah

1582 Pop Gregory XIII telah memperkenalkan kalendar Gregorian

1596 David Fabricius telah mendapati bahawa kecerahan sinaran bintang Mira adalah tidak tetap

1608 Hans Lippershey telah mencipta teropong

1609 Johannes Kepler telah memperkenalkan dua hukum mengenai pergerakan planet-planet dalam Astronomia Nova

1610 Galileo menghalakan teropongnya ke langit dan telah mendedahkan bentuk jelas permukaan bulan, satelit-satelit Musytari dan beberapa bintang-bintang di Bima Sakti

1619 Johannes Kepler telah menerbitkan hukum ke tiga keatas pergerakan planet-planet di dalam Harmonices mundi

1632 Galileo telah menerbitkan Dialogo Sopra I Due Massimi Systemi Del Mondo dimana beliau membandingkan teori-teori Ptolemy dan Copernicus

1656 Christiaan Huygens telah menerangkan rupa-bentuk gegelang-gegelang Zuhal

1671 Isaac Newton telah mencipta teleskop yang pertama

1672 Geminiano Montanari telah mendapati bahawa cahaya sinaran bintang Algol sentiasa berubah

1675 Jean-Dominique Cassini telah mendapati satu renggang di dalam gegelang-gegelang Zuhal

1676 Olas Rmer telah mengukur kelajuan cahaya hasil cerapan satelit-satelit Musytari

1687 Isaac Newton telah menerbitkan teorinya mengenai graviti universal di dalam Philosophiae Naturalis Principia Mathematica