Enceladus ialah satu satelit Zuhal yang bergaris-pusat 505 km sahaja. Ia berputar dalam satu orbit berdekatan dengan Zuhal, iaitu pada kejauhan 238 000 km dari pusat planet tersebut. Orbit Enceladus didapati dilingkungi dalam gegelang E, ia ujud dalam keadaan yang menyebar dan memanjang melebihi kejauhan gegelang yang biasa kita lihat dalam imej Zuhal terdahulu. Permukaan Enceladus kelihatan amat berkilat, menampis hampir kesemua cahaya yang menyentuhnya. Permukaannya amat unik; ia terdiri daripada lima jenis permukaan yang berbeza. Paling istimewa sekali ialah permukaannya yang kurang kawah gunung berapi, iaitu satu tanda satelit yang bergeologi aktif. Enceladus telah ditemui oleh William Herschel dalam tahun 1789. Kemasyhurannya adalah disebabkan oleh betapa jarangnya sesuatu objek di Sistem Suria seperti ini yang mepunyai air dalam bentuk cair, sebagai satu tanda keujudan kehidupan.
Semasa terbang-lintas Enceladus dalam tahun 2005, kapal angkasa Cassini terjumpa disekitar kutub selatan, rekahan tektonik yang menghembus pancutan mengandungi wap air dan debu ais. Di kawasan yang dipanggil jaluran harimau, empat lubang berukuran lebih-kurang 130 km panjang, 2 km lebar dand 500 meter dalam, berkejauhan 35km antara satu sama lain. kapal angkasa tersebut mendedahkan bahawa rekahan tersebut adalah punca hembusan wap tersebut. Ia juga mendedahkan bahawa suhu di rekahan tersebut iaitu -135 degree, jauh lebih tinggi dari suhu perata -200 darjah. Ini merupakan satu tanda ujudnya cryovolcanism.
Gambar yang diambil dalam tahun 2005 oleh kapal angkasa Cassini, yang menunjukkan kutub selatan berdekatan dengan jaluran harimau, sumber ais dan wap dari Enceladus. Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Fenomena ini dapat dijelaskan bila kita ambik kira gelombang pasang surut hasil gangguan orbit satelit tersebut. Gelombang pasang surut menghasilkan deformasi, geseran, di luar lapisan air. Geseran ini menghasilkan suhu yang tinggi di dalaman Enceladus, menukarkan ais kepada air. Ini menunjukkan bahawa dibawah permukaan ais tersebut terdapat lautan air, punca cryovolcanism dan hembusan bahan ke arah gegelang E Zuhal.
Kapal angkasa Cassini menyeberangi gegelang E dan menyelidiki komposisi serta merta menggunakan penganalisa debu kosmik. Disebabkan komposisinya terdiri terutamanya daripada bahan hembusan Enceladus, secara tidak langsung alat tersebut dapat menyelidiki komposisi satelit tersebut. Yang paling menakjubkan ialah kandungan garam sodium yang ujud dalam biji-bijian ais. Walaupun, keterangan lain boleh ujud, besar kemungkinan garam tersebut adalah hasil pelarutan batuan bila bertemu air dibawah lapisan ais. Ini merupakan tanda keujudan lautan air.
Pancutan wap air dan ais dicerapi dalam tahun 2005 oleh kapal angkasa Cassini. Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Kepekatan garam didapati agak rendah, cuma dua peratus dari jumlah jisim, amat kecil hingga tidak dapat dicerapi dari dari Bumi. Kerendahan peratus tidak bersetuju dengan gambaran dimana hembusan wap dan ais secara terus dari dalaman lautan bawah tekanan. Penjelasan terkini melibatkan gua bawah tanah. Lautan bersentuh dengan batuan teras menaikkan air penuh dengan garam kearah gua melalui rekahan lapisan Enceladus. Dalam gua tersebut, sebahagian air mengewap dan sebahagian lagi membeku membentuk ais. Wap dan ais tersebut naik melalui rekahan sehingga terkeluar dari permukaan sebagai hembusan wap. Scenario is didapati kurang ganas dari pancutan air panas dan dapat menjelaskan kerendahan nilai kepekatan ini garam.
Tinjauan dekat keatas satu daripada jaluran harimau, Cairo Sulcus (di bawah gambar), dirakam dalam tahun 2008 dari kapal angkasa Cassini dari kejauhan 2500 km. Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Dan keujudan hidup? Buat masa ini belum didapati bukti teguh. Walau macamanapun, ketiga-tiga bahan terpenting untuk membolehkan kehidupan ada ujud di sini. Kapal angkasa Cassini telah menunjukkan bahawa Enceladus mempunyai air dalam bentuk cair, sumber tenaga, gelombang pasang surut, molekul yang menjadi asas pembentukan asid amino. Oleh itu, kita boleh membayangkan keujudan kehidupan di satelit ini. Walau macamanapun, ia telah menjadi sasaran utama dalam usaha mencari hidupan angkasa luar.