Komet-komet

Langkah pertama menyelidiki komet telah diambil oleh pakar astronomi inggeris Edmond Halley. Persamaan diantara penjelmaan komet-komet dalam tahun 1531, 1607 dan 1682 membolehkan dia mencadangkan bahawa laluan-laluan tersebut adalah dari satu objek selestial yang sama. Dia menggunakan satu undang-undang yang baru saja diperkenalkan oleh Isaac Newton untuk mengira orbit komet tersebut dan meramalkan kepulangan komet tersebut dalam tahun 1758, yang terjadi seperti diramalkan. Komet Halley ini telah mendedahkan sifat semula jadinya; satu objek yang bergerak dalam satu orbit amat mendatar, dimana sebahagian besar masanya dihabiskan di penghujung Sistem Suria tetapi ia tetap kembali mengunjungi Matahari dari masa kesemasa dan nampak kelihatan semasa dalam kunjungan tersebut.

Neat Satu imej komet Neat yang telah diambil dalam tahun 2004 dari balai cerap Kitt Peak. Jelas kelihatan di sini nukleus, coma dan bahagian ekor yang terdekat. Kredit : WIYN/NOAO/AURA/NSF

Komet adalah objek-objek kecil bergaris-pusat beberapa kilometer sahaja. Tiga suku komposisinya adalah terdiri daripada ais, kebanyakannya air beku, dan selebihnya adalah terdiri daripada debu penuh dengan karbon. Disebabkan oleh orbitnya yang amat memanjang, objek-objek ini menghabiskan kebanyakan masanya di ruang jauh dari Matahari, melebihi kejauhan Neptune dan Pluto. Oleh yang demikian, objek tersebut adalah amat sejuk and pejal.

Semasa menghampiri Matahari mereka menerima cukup haba untuk membuat mereka bersinar. Sebenarnya, pada kejauhan beberapa AU sahaja dari Matahari, dibawah sinaran Matahari, ais di permukaan nukleus komet hangat dan mengewap, menyebarkan bersamanya debu-debu habuk. Kelihatan mengelilingi nukleus, tersebar satu selubung gas dan debu yang dipanggil koma, yang makin mengembang mencapai ukuran 100 000 km dan terus membesar dalam masa mendekati Matahari. Selubung ini amat berkilau disebabkan oleh gas dan pantulan cahaya oleh debu-debunya.

Tempel 1 Nukleus komet Tempel 1, digambarkan pada 4 July 2005 oleh kapal angkasa Deep Impact, 67 saat selepas hentaman pelancar berjisim 370 kg, hasil lancaran kapal angkasa tersebut. Hentaman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menkaji bahan dalaman dibawah permukaan. Besar kemungkinan komposisi dalaman komet tersebut tidak berubah dari lahir. Ini membolehkan kita mengkaji secara dalam keadaan semasa lahirnya Sistem Suria 4.6 billion tahun yang lepas. Kredit : NASA/JPL-Caltech/UMD

Bila komet mendekati Matahari satu fenomena lebih menakjubkan terjadi. Angin solar dan tekanan radiasi Matahari memanjangkan lagi ukurannya mencapai nilai beberapa juta batu, kadang-kala mencapai satu AU. Inilah yang dipanggil ekor komet, mungkin satu fenomena astronomi yang paling menakjubkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Ekor ini diselubungi oleh gas hidrogen yang tidak ketara, hasil reaksi kimia antara foton Matahari dan molekul air yang terlepas dari nukleusnya.

Lebih kerap komet mempunyai dua ekor, satu lurus manakala satu lagi melengkung. Kedua-dua ekor tersebut terdiri daripada unsur yang berbeza. Ekor pertama adalah terdiri daripada debu tangkisan dari tekanan radiasi foton Matahari. Proses ini amat perlahan menyebabkan tangkisan debu dipengaruhi oleh arah pergerakan komet dan menghasilkan lengkungan ekor. Ekor yang kedua adalah terdiri daripada ion-ion sapuan angin solar. Dalam hal ini, prosesnya ganas dan cepat disebabkan keringanan ion-ion tersebut, menghasilkan ekor yang lurus dan menunjuk kearah bertentangan dengan Matahari.

Wild 2 Nukleus komet Wild 2 digambarkan dari kejauhan 500 km semasa terbang-lintas Stardust Amerika Syarikat pada 2 Januari 2004. Semasa terbang-lintas tersebut, ia mengambil peluang untuk mengumpul habuk mikroskopik untuk dibawa balik ke Bumi dan dianalisa dalam tahun 2006. Hasil data kumpulan tersebut patut dapat membantu kita lebih memahami komet dan sejarah pembentukan Sistem Suria. Kredit : NASA/JPL

Komet yang paling termasyhur ialah komet Halley yang datang mengunjungi Bumi setiap 76 tahun dimana kunjungan pertama telah dicerapi seawal tahun 240 BC. Kunjungan terakhir komet Halley telah dicerapi dalam tahun 1986. Ia telah diterbang-lintasi oleh 5 kapal angkasa yang telah mengumpul sejumlah besar data mengenai nukleus, koma dan ekor komet tersebut. Terbang-lintas yang terdekat pada kejauhan 600 km dari nukleus Halley, telah diambil oleh kapal angkasa Giotto Eropah. Ia telah dapat mengambil imej nukleus, memdedahkan satu jasad gelap berbentuk kentang, berukuran 16 kali 8 km. Kapal angkasa ini juga telah mendedahkan kawasan-kawasan dimana terdapat pancutan debu dipermukaan yang dicerahi oleh cahaya Matahari.