|
Applet Java ini membolehkan anda melihat keadaan langit dari mana saja di permukaan Bumi dan pada
masa yang anda pilih. Applet ini menunjukkan kedudukan Matahari, Bulan, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari
dan Zuhal. Selain daripada itu, ia juga mempamirkan kedudukan 1195 bintang-bintang yang tercerah sekali.
Untuk mengenali buruj-buruj tertentu, sila klik buruj tersebut. Untuk maklumat anda, Matahari, Bulan
dan planet-planet dipamirkan lebih besar dari saiz yang sepatutnya. Sebagai contoh, Bulan dan Matahari
sepatutnya cuma melibatkan satu atau dua piksel saja.
Semua kiraan dalam applet ini berdasarkan buku 'Calculs Astronomiques à l'usage des Amateurs', Jean
Meeus, Société Astronomique de France, Paris, 1986, yang telah di terjemahkan daripada 'Astronomical
Formulae for Calculators', Jean Meeus, Willmann-Bell.
Jika ada masalah atau pertanyaan, sila rujuk bantuan atastalian di bawah, atau hantar emel kepada saya.
Sedikit penjelasan mengenai panel kawalan di sebelah kiri :
Kedudukan objek akan bertukar setiap kali anda menukarkan data, pilihan bandaraya atau klik "check
box".
Tarikh hendaklah dimasukkan menurut hari bulan tahun. Masa tempatan hendaklah dimasukkan menurut
jam minit saat. Tahun pula mestilah diantara 1600 dan 2400.
Zon waktu ialah perbezaan waktu berbanding dengan "Greenwich Mean Time (GMT)". Sebagai
contoh, 0 untuk London, +1 untuk Paris dan +8 untuk Kuala Lumpur.
Untuk melibatkan masa musim panas dalam kiraan sila klik "check box" di bawah zon waktu.
Ini tidak perlu jika anda mencerap dari kawasan yang tidak mengalami empat musim setahun. Di Eropah
pula, "check box" ini perlu diklikkan diantara hujung bulan Mac dan hujung bulan Oktober.
Perlu dimaklumkan bahawa parameter ini tidak beroperasi secara automatik.
Untuk memilih tempat mencerap, anda boleh memilih bandaraya yang terdekat sekali dari senarai bandaraya-bandaraya
yang disediakan, atau anda boleh memasukkan garis bujur dan garis lingtang bandar anda. Data ini
perlu dimasukkan dalam unit darjat dan minit. Garis bujur negatif ialah untuk tempat di sebelah
timur bandaraya London dan garis lintang negatif ialah untuk tempat di selatan khatulistiwa. Jangan
lupa menukarkan zon waktu juga, jika anda tidak memilih tempat mencerap dari senarai yang disediakan.
Dua kotak yang terakhir sekali boleh digunakan untuk mempamirkan atau melindungkan dataran ekliptik
dan khatulistiwa langit, mengikut pilihan anda.
Sedikit maklumat mengenai Zalia
English version
|