Simulasi Langit


App JavaScript ini membolehkan anda melihat keadaan langit dari mana saja di permukaan Bumi dan pada masa yang anda pilih.

App ini menunjukkan kedudukan Matahari, Bulan, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Selain daripada itu, ia juga mempamirkan kedudukan 1377 bintang-bintang yang tercerah sekali. Matahari, Bulan dan planet-planet dipamirkan lebih besar dari saiz yang sepatutnya. Sebagai contoh, Bulan dan Matahari sepatutnya cuma melibatkan satu atau dua piksel saja.

Kemaskini terakhir:

Versi 1.6 (17/09/2016): Keupayaan untuk putar mata cardinal dengan menarik tetikus.

Versi 1.5 (01/11/2015): Geo-penempatan automatik.

Versi 1.4 (25/10/2015): Dinamik saiz peta, sokongan definisi tinggi skrin dan retina.

Canvas

Semua kiraan dalam applet ini berdasarkan buku ‘Calculs Astronomiques l’usage des Amateurs’, Jean Meeus, Socit Astronomique de France, Paris, 1986, yang telah di terjemahkan daripada ‘Astronomical Formulae for Calculators’, Jean Meeus, Willmann-Bell.

Sedikit penjelasan mengenai panel kawalan di sebelah kiri :

Kedudukan objek akan bertukar setiap kali anda menukarkan data, pilihan bandaraya atau klik “check box”.

Tarikh hendaklah dimasukkan menurut hari bulan tahun. Masa tempatan hendaklah dimasukkan menurut jam minit saat. Tahun pula mestilah diantara 1600 dan 2400.

Zon waktu ialah perbezaan waktu berbanding dengan “Greenwich Mean Time (GMT)”. Sebagai contoh, 0 untuk London, +1 untuk Paris dan +8 untuk Kuala Lumpur.

Untuk melibatkan masa musim panas dalam kiraan sila klik “check box” di bawah zon waktu. Ini tidak perlu jika anda mencerap dari kawasan yang tidak mengalami empat musim setahun. Di Eropah pula, “check box” ini perlu diklikkan diantara hujung bulan Mac dan hujung bulan Oktober.

Untuk memilih tempat mencerap, anda boleh memilih bandaraya yang terdekat sekali dari senarai bandaraya-bandaraya yang disediakan, atau anda boleh memasukkan garis bujur dan garis lingtang bandar anda. Data ini perlu dimasukkan dalam unit darjat dan minit. Garis bujur positif ialah untuk tempat di sebelah timur bandaraya London dan garis lintang negatif ialah untuk tempat di selatan khatulistiwa. Jangan lupa menukarkan zon waktu juga, jika anda tidak memilih tempat mencerap dari senarai yang disediakan.

Dua kotak yang terakhir sekali boleh digunakan untuk mempamirkan atau melindungkan dataran ekliptik dan khatulistiwa langit, mengikut pilihan anda.

Sedikit maklumat mengenai Zalia Morshidi


Page updated on September 19, 2016 by Olivier Esslinger